Saturday 19 May 2012

Seminar Transformasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Majlis Permuafakatan PIBG Daerah Kota Tinggi anjuran bersama PPD Kota Tinggi telah mengadakan Seminar Transformasi Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru 2012. Seminar ini diadakan di Hotel Mayress, Kota Tinggi melibatkan lebih 90 buah sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Daerah Kota Tinggi dan Pengerang.

Ucap Utama oleh: En.Md.Din B.Hussein Pengarah Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Yang Berusaha YDP PIBG Tn.Hj.Othman Karsan dan En.Roslee Mohd Awang

Setiausaha PIBG SAKTI dan AJK PIBG Pn.Sharifah Nadzariah Saion

Pengisian maklumat seminar

Penjelasan tentang Perlembagaan PIBG buat semua wakil guru dan ibubapa setiap sekolah yang hadir

sesi kudapan

sesi soal-jawab dan memberi pandangan oleh wakil PIBG yang hadir


GURU SAKTI Jasamu Dikenang dan Dirai 16 Mei 2012

Pada 16 Mei 2012 merupakan tarikh yang sinonim dengan sambutan Hari Guru peringkat sekolah di seluruh Malaysia. PIBG SAKTI turut tidak ketinggalan memberikan sumbangan sempena Majlis Hari Guru SAKTI.

Antara AJK PIBG yang hadir Pn.Sharifah Nadzariah dan Pn.Arni Syafinaz


Terima kasih sumbangan PIBG (Baju Sedondong sempena Hari Guru 2012)





Terima Kasih Cikgu!!

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 11 Mei 2012

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik SAKTI telah diadakan pada 11 Mei 2012 (Jumaat).

YDP sedang berucap sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik 2012

YDP bersama VIP En.Md.Din B.Hussein (PPD Kota Tinggi) dan Tuan Pengetua Cemerlang

Hubungan baik YDP Dan Tuan Pengetua akrab terjalin



Tahniah buat semua penerima anugerah

Mesyuarat Khas AJK PIBG SAKTI Kali Kedua

Mesyuarat Khas telah diadakan pada 21 April 2012 untuk membincangkan dan meluluskan beberapa permohonan bantuan peruntukan PIBG. Mesyuarat ini dihadiri Tn.Hj.Mohamad B.Mahadi buat kali pertama bagi sesi baharu 2012/2014.





Mesyuarat AJK PIBG SAKTI 2012/2014 Kali Pertama

Mesyuarat Khas AJK PIBG SAKTI sesi 2012/2014 Kali Pertama telah diadakan pada 1 April 2012 bagi membentangkan pengagihan tugas mengikut jawatan dalam persatuan.
Yang Berusaha YDP PIBG dan NYDP sedang meneliti perlembagaan PIBG

AJK PIBG SAKTI yang hadir

AJK PIBG SAKTI yang hadir

 MINIT MESYUARAT (1 APR 2012)
PERKARA
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Surah Al-Fatihah.

1.1 Ucapan  Yang Dipertua PIBG SM Sains Kota Tinggi, Hj. Othman Bin Karsan

1.1.1      Pengerusi menyatakan kesyukuran kerana AJK PIBG diberi kesihatan dan kelapangan bagi menghadiri mesyuarat PIBG pada kali ini.
1.1.2      Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Ajk PIBG buat kali pertama bagi sesi 2012/2014 pada kali ini.
1.1.3      Mengingatkan kembali bahawa komitmen sebagai ahli dalam PIBG adalah lebih berat kerana diberi kepercayaan yang tinggi untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan pelajar.
1.1.4      Memberikan kata-kata semangat dan harapan supaya dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
1.1.5      Mengucapkan  terima kasih kepada semua ibubapa dan guru yang berganding bahu menjana kejayaan para pelajar.
1.1.6     Pengerusi menerangkan tentang agenda mesyuarat hari ini iaitu:
§    Ucapan Pengerusi Majlis
§    Laporan Pengetua
§    Laporan Kewangan PIBG
§    Perkara Berbangkit
§    Hal-hal lain
§    Ucapan Penangguhan             
1.2 Ucapan Penolong Kanan, SM Sains Kota Tinggi, Tn. Hj. Mohd Alim Bin Konting(wakil pengetua)

1.2.1      Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2012/2014 SAKTI.
1.2.2      Menyampaikan ucapan salam dan maaf dari pengetua kerana beliau tidak dapat hadir kerana baharu pulang dari program SBP di Melaka. Semoga mesyuarat kali pertama berjalan lancar.
1.2.3      Melaporkan laporan sekolah yang terkini.
1.2.3.1 Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 meningkat GPS dari 1.95 ke 1.91. SPM SAKTI berada di tahap ke 38 dari 54 buah sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia. Sekolah sedang berusaha lebih gigih bagi meningkatkan GPS 1.5 pada tahun 2012. Semoga segala usaha murni guru-guru akan menjadikan SPM 2012 menjadi pencetus kecemerlangan pelajar.
1.2.3.2 SAKTI telah menerima kunjungan 110 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Tun Fatimah baru-baru ini. Mereka mengikuti program perkongsian pintar beberapa subjek SPM dengan dua kumpulan guru (SAKTI dan STF) berganding.
1.2.3.3 SAKTI akan ada beberapa program perkongsian pintar yang besar melibatkan dana dan mohon sumbangan/peruntukan Program Kecemerlangan Akademik 2012 (rujuk lampiran).
1.2.3.4 Memaklumkan kertas kerja dan surat mohon sumbangan bagi program perkongsian pintar SAKTI dan STF (para 1.2.3.2) sebanyak RM5,988 telah diluluskan oleh YDP yang lama iaitu En.Kadir b. Senin. Untuk makluman permohonan pihak sekolah menggunakan peruntukan SBT telah pun diluluskan. Cuma mohon jasa baik PIBG untuk meluluskan permohonan kali pertama ini kerana program telah diadakan. Program seumpamanya akan datang baharulah menggunakan peruntukan SBT tersebut.
1.2.3.5 Terima kasih kepada En.Daud telah membantu mendapatkan bantuan pokok-pokok bunga untuk keceriaan sekolah.
1.2.3.6 Bagi Kokurikulum pula, SAKTI akan menjadi tuan rumah Kejohanan Kriket Kebangsaan Kali Ke-7 pada 1-6 Mei 2012. Peruntukan dari KPM adalah sebanyak RM28,000.00 sahaja untuk semua urusan kejohanan termasuk penambahbaikan padang sekolah.
1.2.3.7 SAKTI baharu sahaja menghantar seorang pelajar Fairuz Najihah bt. Kamaruddin bagi membentangkan isu alam sekitar dalam program Inovasi dan Rekacipta pada 27-30 Mac 2012 di SM Sains Sultan Muzaffar Syah, Melaka.
1.2.3.8 Website SAKTI (www.sakti.edu.my) telah mendapat wajah baharu dan dikemaskini. Mohon semoga pihak PIBG dapat memberi respon yang melibatkan komen-komen berkaitan dengan fizikal dan sumber sekolah(pelajar, guru-guru dan ibu-bapa). Satu ruangan khas bagi PIBG telah dimasukkan dalam website SAKTI sebagai ruangan untuk AJK PIBG berkongsi idea dan maklumat.
1.2.3.9  Maklumkan ada Anugerah Bintang PIBG gemilang yang diwujudkan bermula pada hujung tahun 2011.                                
1.3  Laporan Kewangan PIBG, En.Ahmad Fauzan Bin Mohamed Nor

1.3.1    AJK PIBG telah meluluskan Perbelanjaan bagi program-program berikut:           
                       i)     Program Kecemerlangan PMR dan SPM sebanyak RM24,600

                       ii)    Program Inovasi & Rekacipta sebanyak RM8,000

                       iii) Program Perkongsian Pintar SAKTI dan STF sebanyak RM4,988

                       iv)   Program Perfect Score PMR dan SPM sebanyak RM7,000
                      
                        v) Bantuan Membeli Aksesori Kawad Kaki Pengakap
                            untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kota Tinggi RM2,000


1.3.2    YDP menyatakan bahawa sebarang program sekolah terutamanya program-program yang memang telah disenaraikan di dalam Takwim Sekolah akan diberikan keutamaan dari segi peruntukan. Walaubagaimanapun program yang berbentuk individu akan diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang peruntukan diluluskan.                                        
1.4 Hal-hal lain
1.4.1      Maklum balas dari YDP PIBG tentang laporan  sekolah.
1.4.1.1 Keputusan STF, TKC dan SSP adalah di bawah GPS 0.09. Ranking SBP negeri Johor SAKTI antara yang terbawah. Kita akan usahakan bersama-sama untuk menaikkan ranking SAKTI untuk tahun 2012.
1.4.2      Merujuk usul ibubapa.
1.4.2.1 En. Abd.Aziz b.Husin melaporkan koperasi telah menempah baju outing pada semua pelajar tingkatan satu. Ada masalah sedikit jika dikuatkuasakan pada pelajar lama kerana mereka mempunyai kemeja-T outing (warna coklat gelap). Anggaran harga RM60-70 untuk sehelai baju outing agak sukar untuk segelintir pelajar.

1.4.3      Tn.Hj.Mohd Alim b.Konting memaklumkan pihak sekolah telah menerima kumpulan pelajar tingkatan satu dalam kalangan miskin tegar. Kita perlu memikirkan situasi ini bersama bagi memastikan kumpulan pelajar berkenaan tidak ketinggalan dalam semua aspek.
1.4.4      En. Roslee b.Mohd Awang mencadangkan agar jangkaan anggaran kutipan sumbangan PIBG hingga hujung tahun 2012.                                           
1.4.5      En. Zulhasny b. Zulkifli mencadangkan surat mohon sumbangan PIBG diletak tarikh sehingga bulan Mei 2012.
1.4.6      En. Roslee b.Mohd Awang mencadangkan supaya memberi masa atau tempoh yang bersesuaian pada semua ibubapa untuk membayar sumbangan PIBG.
1.4.7      Tn.Hj.Othman b.Karsan respon surat dalam siaran telah ditulis bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga 31 Mei 2012.
1.4.8      En.Zulhasny b. Zulkifli mohon pelajar sakit yang tidak dapat hadir ke kelas dibantu dari segi nota P&P oleh ketua kelas atau rakan pelajar yang lain.
1.4.9      Pn.Hjh. Jamilah bt.Zamah Shari menegaskan selalunya pelajar sememangnya mendapatkan bantuan nota dari rakan pelajar yang lain,
1.4.10    Perkhidmatan dobi di asrama sangat tidak memuaskan. En. Zulhasny b.Zulkifli mencadangkan dobi dimansuhkan dan pihak sekolah menambah mesin basuh (biasa) bagi memudahkan pelajar.
1.4.11    En. Ahmad Fauzan meberi respon bahawa bayaran perkhidmatan dobi antara sumber kewangan PIBG. Tn.Hj.Mohd Alim b. Konting akan memaklumkan pekerja dobi untuk ambil tindakan sewajarnya. Jika perkhidmatan dobi dimansuhkan mungkin ada masalah lain yang timbul. En.Abd.Aziz b.Husin memjelaskan setiap aras ada mesin basuh layan diri. Pelajar mempunyai alternative lain selain perkhidmatan dobi. En.Ahmad Fauzan pula memaklumkan buat masa ini mesin dobi ada 7 buah sahaja (4 buah di asrama lelaki dan 3 buah di asrama perempuan).
1.4.12    Pn.Sharina bt.Mohd Yusoff mencadangkan 16 orang pelajar tingkatan satu yang miskin tegar diwujudkan satu program anak angkat bagi ahli PIBG yang berpendapatan tinggi.
1.4.13    Tn.Hj.Mohd Alim b.Konting bersetuju dengan cadangan tersebut kerana diperingkat SBP memang telah disarankan memprogramkan anak angkat.
1.4.14    Tn.Hj.Othman b.Karsan juga bersetuju dengan saranan program anak angkat ini atas prinsip kekeluargaan. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada mesyuarat akan datang.
                                                                                                    
1.5       Perkara Berbangkit
1.5.1  YDP mencadangkan PIBG tubuhkan jawatan kuasa khas mencari dana-dana atau sumbangan khas dari sumber luar sama ada syarikat atau orang-perseorangan.
1.5.2    NYDP bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau menyarankan setiap AJK dapat kenal pasti ibubapa yang boleh membantu mencari dana atau sumbangan mengikut konsep ‘personel touch’.


1.6          Ucapan penangguhan

1.6.1   YDP mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh semua AJK  ke mesyuarat PIBG pada kali ini.
1.6.2      Penetapan cadangan tarikh-tarikh mesyuarat yang seterusnya oleh YDP sama ada Jumaat atau Ahad (Jadual pelajar balik bermalam).



Mesyuarat di akhiri dengan tasbih kifaran dan Surah Al-Asr.