Saturday 19 January 2013

PIBG SAKTI di Seminar Kenali Anak Kita PETRONAS Zon Selatan LOTUS DESARU BEACH RESORT

Pada 19 Januari 2013, Sabtu bertempat di Lotus Desaru Beach Resort satu program Kenali Anak Kita PETRONAS Zon Selatan telah diadakan. Program ini ialah kempen pencegahan awal yang digerakkan oleh Persatuan PENGASIH Malaysia dengan tajaan PETRONAS sejak September 2009. Program yang mendapat tajaan besar oleh PETRONAS dianjurkan bersama beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Kempen kebangsaan ini menyediakan pengetahuan asas kepada ibubapa dan para guru untuk menjadi Agen Perubahan agar mereka dapat membantu remaja menghindari penagihan dadah dan tingkahlaku menyeleweng dari peringkat awal lagi.

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah
Al Mutawakkil Alallahi Shah

Dewan Seminar di Lotus Desaru Resort Ballroom




Wakil PIBG SAKTI yang menyertai seminar tersebut.
Pihak PIBG SAKTI amat berbesar hati kerana turut sama menerima jemputan seminar Kenali Anak Kita ini. Semoga program seumpamanya dapat dipanjangkan sebagai sebuah agen perubahan yang lebih berjaya dalam menanggani masalah anak-anak diperingkat sekolah khususnya. 
 
Salam takzim
 
PIBGSAKTI2013
 

Tuesday 1 January 2013

TAHNIAH ANAK-ANAK SAKTI PMR 2012 !!


RANKING PMR SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012
1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)

7. SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375))
8. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377...)
9. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
 
Menyahut seruan Datuk Seri Najib Tun Razak transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Perhatian kerajaan kini adalah melalui langkah membangunkan negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar."Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan kakitangan serta kemudahan, tetapi sekarang kita perlu memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran," kata beliau menerusi blognya, http://1malaysia.com.my 12 September 2012.

Saya mewakili PIBG SAKTI khususnya percaya kejayaan sekolah ini bukan bergantung kepada sebelah pihak sahaja malahan bagi merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang malahan gemilang sahsiahnya, kerjasama semua pihak amat penting. Justeru hubungan akrab antara pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga memainkan peranan utama bagi mencapai tujuan dan hasrat ini.

Usaha pihak sekolah perlu diberi penghormatan dan iringkan doa kita ibu bapa sekalian harus juga berterusan setiap tahun bagi mendominasi kejayaan anak-anak pelajar. Semoga usaha rakan guru dan anak-anak sekalian diberkati daya kemampanan jasmani, emosi, rohani intelek dan sahsiah amnya.

Tahniah SAKTI !!
 
Semoga anak2 SAKTI PMR 2012 senyum dan syukur dengan perkhabaran yang indah. Jangan lupa cium tangan dan peluk ibu/mama/mak/ummi/mummy anda. Ucapkan cinta padanya... pada ayah/papa/abah/abi/daddy jasa keringat mencari/membayar keperluan anda. Ucapkan kasih padanya... pada guru yg mengAJAR dan menDIDIK sekadar senyum dengan pandangan tulus ikhlas sungguh cukup mgembirakan mereka... Apatah lagi digabungkan dengan ayat TERIMA KASIH CIKGU sangat bermakna buat warga pendidik.