Saturday 9 March 2013

MESYUARAT AJK BIL 1/2013

Mesyuarat AJK PIBG SAKTI bil 1/2013 telah diadakan pada 8hb March 2013 jam 2.45 petang di bilik One Stop Centre SM Sains Kota Tinggi membincangkan mengenai beberapa agenda penting sebelum mesyuarat agung diadakan tidak lama lagi. Antara agendanya:
a. Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu oleh YDP PIBG
b. Laporan Aktiviti SAKTI setakat awal March 2013 oleh Tuan Pengetua
c. Laporan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG setakat Januari 2013

d. perancangan program PIBG SAKTI 
-penetapan tarikh mesyuarat agung PIBG (18 April 2013)
-projek membina kotak sumbangan A4 ibubapa di asrama SM Sains Kota Tinggi
-projek menambah bilangan mesin basuh di asrama lelaki dan perempuan (10 buah di asrama lelaki dan 10 buah di asrama perempuan)
-program pencarian dana menambah tabung PIBG SAKTI bagi tahun 2013
e. Usul dari ibubapa dan guru (edaran telah dibuat bertarikh 17 Januari 2013-Pelajar balik bermalam sempena Maulidur Rasul tempohari)
respon ibubapa
-permohonan bantuan PIBG untuk  membayar surat khabar Berita Harian dan NST bagi kelas peperiksaan PMR&SPM (telah diluluskan)
-permohonan menyediakan satu pusat cyber-cafe di kawasan asrama sekolah (akan dibincangkan pada mesyuarat agung kali ke 17)
f. Perkara Berbangkit







disertakan sekali alamat email PIBG SAKTI sekiranya ada respon ibu bapa dan guru yang mempunyai sebarang idea bernas dan komen membina.
pibgsakti@gmail.com
Harap maklum.

Setiausaha PIBG SAKTI