Saturday 4 May 2013

MAKLUMAN ORGANISASI PIBG 2013/2014


Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SAKTI ke-17, 2013 telah diadakan pada  18 April 2013. 
2.                Sehubungan dengan itu, disertakan maklumat organisasi Ajk PIBG SAKTI terkini untuk makluman semua ibubapa bagi memudahkan urusan pertanyaan dan perkongsian maklumat.

BIL
NAMA
JAWATAN
PEKERJAAN

NO. TEL

1.   
TN. HJ.  MOHAMAD BIN HJ MAHADI
EX-OFFICIO
PENGETUA
019-7700374
2.   
EN. OTHMAN B. KARSAN
YDP
JURUTERA KANAN JKR
019-7165635
3.   
PN. SHARINA BT. MOHD YUSOF
NYDP
JURU UKUR BAHAN
012-7712428
4.   
PN. NURAMANI BT ZAINUDDIN
SETIAUSAHA
GURU PENOLONG
019-7020070
5.   
EN. AHMAD FAUZAN B. MOHAMED NOR
BENDAHARI
GURU PENOLONG
019-8886444
6.   
EN. ZULHASNY B. ZULKIFLI
AJK IBUBAPA
PEG. KASTAM KANAN
012-7082994
7.   
 EN. SININ B. MOKREH
AJK IBUBAPA
PK AKADEMIK SKBP2
017-7307884
8.   
PN. SHARIFAH NADZARIAH BT. SAION
AJK IBUBAPA
SURI RUMAH
013-7435504
9.   
 PN. ARNI SYAFINAZ BT SAPIEE
AJK IBUBAPA
PENGURUS KLINIK
012-7322962
10.                        
EN. ALI B. MOHAMAD
AJK IBUBAPA
PENGURUS RHB
013-7301808
11.                        
EN. MD. KARIM B. AHMAD
AJK IBUBAPA
TUKANG MASAK
016-7016728
12.                        
TN. HJ ALIM B. KONTING
AJK GURU
PK AKADEMIK
019-7901065
13.                        
EN. OTHMAN B. ABDULLAH
AJK GURU
PK HEM
019-7542274
14.                        
TN.HJ.MD.ZIN B. DEKAN
AJK GURU
GK KOKURIKULUM
013-7280620
15.                        
HJH. JAMILAH BT ZAMAH SHARI
AJK GURU
GKMP KEMANUSIAAN
019-7265540
16.                        
 HJH. NORHAYAH BT EMBONG
AJK GURU
GKMP TEKNIK&VOK.
013-7770747
17.                        
EN. ROSLAN B. YASNAIN
JURUAUDIT
GURU PENOLONG
014-2104905
18.                        
EN. SAIFUL NIZAM B. ABD. GHANI
AJK GURU
KAUNSELOR
014-3146435

Wednesday 10 April 2013

KEJAYAAN BERGANDA WARGA SAKTI TAHUN 2013

En.Sinin B.Mokreh (wakil PIBG SAKTI) bersama Tuan Hj.Mohamad B.Mahadi (Pengetua Cemerlang SAKTI)
pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2012 dan wakil guru.
 
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala rezeki yang diberikanNYA. Sesungguhnya tiada yang dapat digambarkan terbaik selain kata-kata puji hanya milikNYA. Pun begitu penghargaan yang selayaknya bagi warga pendidik SAKTI yang banyak bertungkus lumus dan memerah keringat siang malam untuk menghasilkan antara produk terbaik SPM 2012 WOW Paragon 95. PIBG sangat berbesar hati dengan kejayaan yang diperolehi berganda melibatkan calon PMR dan SPM tahun 2012. Kami sebagai wakil ibu bapa mendoakan anak-anak lain dapat memberi yang terbaik bukan sekadar untuk diri sendiri namun pada keluarga dan sekolah malahannya.

 
 
Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2012 ini telah berlangsung pada 9 April 2013 dan bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah disempurnakan oleh Tan Sri Muhyiddin B.Yassin telah dihadiri oleh Tuan Haji Mohamad B.Mahadi, Encik Sinin B.Mokreh(Wakil PIBG SAKTI), Puan Norjaslina Bt.Esa dan Puan Siti Rodziah Bt.Mastor.
 
Semoga kejayaan cemerlang anak-anak kita menjadi penggerak semangat keunggulan tekad buat calon PMR dan SPM 2013 yang akan datang. InsyaALLAH.
 
Salam Takzim
 
 
 
 

Saturday 9 March 2013

MESYUARAT AJK BIL 1/2013

Mesyuarat AJK PIBG SAKTI bil 1/2013 telah diadakan pada 8hb March 2013 jam 2.45 petang di bilik One Stop Centre SM Sains Kota Tinggi membincangkan mengenai beberapa agenda penting sebelum mesyuarat agung diadakan tidak lama lagi. Antara agendanya:
a. Pembentangan dan Pengesahan minit mesyuarat yang lalu oleh YDP PIBG
b. Laporan Aktiviti SAKTI setakat awal March 2013 oleh Tuan Pengetua
c. Laporan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG setakat Januari 2013

d. perancangan program PIBG SAKTI 
-penetapan tarikh mesyuarat agung PIBG (18 April 2013)
-projek membina kotak sumbangan A4 ibubapa di asrama SM Sains Kota Tinggi
-projek menambah bilangan mesin basuh di asrama lelaki dan perempuan (10 buah di asrama lelaki dan 10 buah di asrama perempuan)
-program pencarian dana menambah tabung PIBG SAKTI bagi tahun 2013
e. Usul dari ibubapa dan guru (edaran telah dibuat bertarikh 17 Januari 2013-Pelajar balik bermalam sempena Maulidur Rasul tempohari)
respon ibubapa
-permohonan bantuan PIBG untuk  membayar surat khabar Berita Harian dan NST bagi kelas peperiksaan PMR&SPM (telah diluluskan)
-permohonan menyediakan satu pusat cyber-cafe di kawasan asrama sekolah (akan dibincangkan pada mesyuarat agung kali ke 17)
f. Perkara Berbangkit







disertakan sekali alamat email PIBG SAKTI sekiranya ada respon ibu bapa dan guru yang mempunyai sebarang idea bernas dan komen membina.
pibgsakti@gmail.com
Harap maklum.

Setiausaha PIBG SAKTI

Sunday 24 February 2013

Majlis Perpisahan PK HEM En.Abdul Aziz B.Husin 30 Januari 2013

Mendung pagi bertarikh 30 Januari 2013 rupanya sampai ke petang berterusan hingga keesokan hari. Marak budi En.Abdul Aziz B.Husin tak dapat nak samakan dengan sekotak hadiah bagi membayar harga budi beliau menaburkan kasihnya dalam kalangan pelajar. Jamuan ringkas yang dihadiri semua guru dan wakil dalam kalangan staf serta PIBG SAKTI telah diadakan di Pulai Desaru Beach Resort. Tempoh bakti beliau dari tahun 1996 hingga tahun 2013 bukan pendek masanya. Semoga beliau diberikan kelapangan dan kejayaan di sekolah baharu, SM Sains Batu Pahat.
Yang Dirai Tuan Abdul Aziz Bin Husin sedang berucap



Wakil PIBG En.Ahmad Fauzan B.Mohamed menyampaikan hadiah
 
Selamat Maju Jaya

Saturday 19 January 2013

PIBG SAKTI di Seminar Kenali Anak Kita PETRONAS Zon Selatan LOTUS DESARU BEACH RESORT

Pada 19 Januari 2013, Sabtu bertempat di Lotus Desaru Beach Resort satu program Kenali Anak Kita PETRONAS Zon Selatan telah diadakan. Program ini ialah kempen pencegahan awal yang digerakkan oleh Persatuan PENGASIH Malaysia dengan tajaan PETRONAS sejak September 2009. Program yang mendapat tajaan besar oleh PETRONAS dianjurkan bersama beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Kempen kebangsaan ini menyediakan pengetahuan asas kepada ibubapa dan para guru untuk menjadi Agen Perubahan agar mereka dapat membantu remaja menghindari penagihan dadah dan tingkahlaku menyeleweng dari peringkat awal lagi.

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah
Al Mutawakkil Alallahi Shah

Dewan Seminar di Lotus Desaru Resort Ballroom




Wakil PIBG SAKTI yang menyertai seminar tersebut.
Pihak PIBG SAKTI amat berbesar hati kerana turut sama menerima jemputan seminar Kenali Anak Kita ini. Semoga program seumpamanya dapat dipanjangkan sebagai sebuah agen perubahan yang lebih berjaya dalam menanggani masalah anak-anak diperingkat sekolah khususnya. 
 
Salam takzim
 
PIBGSAKTI2013
 

Tuesday 1 January 2013

TAHNIAH ANAK-ANAK SAKTI PMR 2012 !!


RANKING PMR SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2012
1. Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.022)
2. The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.0237)
3. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.0265)
4. Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.0278)
5. SM Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 1.0302)
6. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.0309)

7. SBP Integrasi Gombak (GPS 1.0375))
8. Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.0377...)
9. Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.0408)
10. Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.0434)
 
Menyahut seruan Datuk Seri Najib Tun Razak transformasi sistem pendidikan yang sedang diusahakan Kementerian Pelajaran menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 perlu terus maju seiring dengan dasar transformasi negara. Perhatian kerajaan kini adalah melalui langkah membangunkan negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kita yang tinggi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif, kita tidak boleh hanya berdiam diri. Negara memerlukan transformasi dalam keseluruhan sistem pendidikan dan perlu meningkatkan pencapaian semua pelajar."Perubahan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar menambah bilangan kakitangan serta kemudahan, tetapi sekarang kita perlu memahami dan meningkatkan dinamik proses pengajaran dan pembelajaran," kata beliau menerusi blognya, http://1malaysia.com.my 12 September 2012.

Saya mewakili PIBG SAKTI khususnya percaya kejayaan sekolah ini bukan bergantung kepada sebelah pihak sahaja malahan bagi merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang malahan gemilang sahsiahnya, kerjasama semua pihak amat penting. Justeru hubungan akrab antara pihak sekolah dan ibu bapa serta penjaga memainkan peranan utama bagi mencapai tujuan dan hasrat ini.

Usaha pihak sekolah perlu diberi penghormatan dan iringkan doa kita ibu bapa sekalian harus juga berterusan setiap tahun bagi mendominasi kejayaan anak-anak pelajar. Semoga usaha rakan guru dan anak-anak sekalian diberkati daya kemampanan jasmani, emosi, rohani intelek dan sahsiah amnya.

Tahniah SAKTI !!
 
Semoga anak2 SAKTI PMR 2012 senyum dan syukur dengan perkhabaran yang indah. Jangan lupa cium tangan dan peluk ibu/mama/mak/ummi/mummy anda. Ucapkan cinta padanya... pada ayah/papa/abah/abi/daddy jasa keringat mencari/membayar keperluan anda. Ucapkan kasih padanya... pada guru yg mengAJAR dan menDIDIK sekadar senyum dengan pandangan tulus ikhlas sungguh cukup mgembirakan mereka... Apatah lagi digabungkan dengan ayat TERIMA KASIH CIKGU sangat bermakna buat warga pendidik. 

Saturday 19 May 2012

Seminar Transformasi Pendidikan Daerah Kota Tinggi

Majlis Permuafakatan PIBG Daerah Kota Tinggi anjuran bersama PPD Kota Tinggi telah mengadakan Seminar Transformasi Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru 2012. Seminar ini diadakan di Hotel Mayress, Kota Tinggi melibatkan lebih 90 buah sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Daerah Kota Tinggi dan Pengerang.

Ucap Utama oleh: En.Md.Din B.Hussein Pengarah Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Yang Berusaha YDP PIBG Tn.Hj.Othman Karsan dan En.Roslee Mohd Awang

Setiausaha PIBG SAKTI dan AJK PIBG Pn.Sharifah Nadzariah Saion

Pengisian maklumat seminar

Penjelasan tentang Perlembagaan PIBG buat semua wakil guru dan ibubapa setiap sekolah yang hadir

sesi kudapan

sesi soal-jawab dan memberi pandangan oleh wakil PIBG yang hadir