Yang Berusaha YDP PIBG dan NYDP sedang meneliti perlembagaan PIBG |
AJK PIBG SAKTI yang hadir |
AJK PIBG SAKTI yang hadir |
MINIT MESYUARAT (1 APR 2012)
PERKARA
|
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Surah
Al-Fatihah.
1.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG SM Sains Kota Tinggi,
Hj. Othman Bin Karsan
1.1.1 Pengerusi menyatakan kesyukuran kerana
AJK PIBG diberi kesihatan dan kelapangan bagi menghadiri mesyuarat PIBG pada
kali ini.
1.1.2 Mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG
yang dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Ajk PIBG buat kali pertama bagi
sesi 2012/2014 pada kali ini.
1.1.3 Mengingatkan kembali bahawa komitmen
sebagai ahli dalam PIBG adalah lebih berat kerana diberi kepercayaan yang
tinggi untuk membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga
kebajikan pelajar.
1.1.4 Memberikan kata-kata semangat dan
harapan supaya dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
1.1.5 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa dan guru
yang berganding bahu menjana kejayaan para pelajar.
1.1.6 Pengerusi menerangkan tentang agenda mesyuarat
hari ini iaitu:
§ Ucapan Pengerusi Majlis
§ Laporan Pengetua
§ Laporan Kewangan PIBG
§ Perkara Berbangkit
§ Hal-hal lain
§ Ucapan Penangguhan
|
1.2 Ucapan
Penolong Kanan, SM Sains Kota Tinggi, Tn. Hj. Mohd Alim Bin Konting(wakil
pengetua)
1.2.1 Mengucapkan terima kasih dan tahniah
kepada AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2012/2014 SAKTI.
1.2.2 Menyampaikan ucapan salam dan maaf dari
pengetua kerana beliau tidak dapat hadir kerana baharu pulang dari program
SBP di Melaka. Semoga mesyuarat kali pertama berjalan lancar.
1.2.3 Melaporkan laporan sekolah yang terkini.
1.2.3.1 Keputusan Sijil
Pelajaran Malaysia 2011 meningkat GPS dari 1.95 ke 1.91. SPM SAKTI berada di
tahap ke 38 dari 54 buah sekolah berasrama penuh seluruh Malaysia. Sekolah
sedang berusaha lebih gigih bagi meningkatkan GPS 1.5 pada tahun 2012. Semoga
segala usaha murni guru-guru akan menjadikan SPM 2012 menjadi pencetus
kecemerlangan pelajar.
1.2.3.2 SAKTI telah
menerima kunjungan 110 orang pelajar tingkatan empat dari Sekolah Tun Fatimah
baru-baru ini. Mereka mengikuti program perkongsian pintar beberapa subjek
SPM dengan dua kumpulan guru (SAKTI dan STF) berganding.
1.2.3.3 SAKTI akan ada
beberapa program perkongsian pintar yang besar melibatkan dana dan mohon
sumbangan/peruntukan Program Kecemerlangan Akademik 2012 (rujuk lampiran).
1.2.3.4 Memaklumkan kertas
kerja dan surat mohon sumbangan bagi program perkongsian pintar SAKTI dan STF
(para 1.2.3.2) sebanyak RM5,988 telah diluluskan oleh YDP yang lama iaitu
En.Kadir b. Senin. Untuk makluman permohonan pihak sekolah menggunakan
peruntukan SBT telah pun diluluskan. Cuma mohon jasa baik PIBG untuk
meluluskan permohonan kali pertama ini kerana program telah diadakan. Program
seumpamanya akan datang baharulah menggunakan peruntukan SBT tersebut.
1.2.3.5 Terima kasih
kepada En.Daud telah membantu mendapatkan bantuan pokok-pokok bunga untuk
keceriaan sekolah.
1.2.3.6 Bagi Kokurikulum
pula, SAKTI akan menjadi tuan rumah Kejohanan Kriket Kebangsaan Kali Ke-7
pada 1-6 Mei 2012. Peruntukan dari KPM adalah sebanyak RM28,000.00 sahaja
untuk semua urusan kejohanan termasuk penambahbaikan padang sekolah.
1.2.3.7 SAKTI baharu
sahaja menghantar seorang pelajar Fairuz Najihah bt. Kamaruddin bagi
membentangkan isu alam sekitar dalam program Inovasi dan Rekacipta pada 27-30
Mac 2012 di SM Sains Sultan Muzaffar Syah, Melaka.
1.2.3.8 Website SAKTI (www.sakti.edu.my) telah mendapat wajah baharu dan
dikemaskini. Mohon semoga pihak PIBG dapat memberi respon yang melibatkan
komen-komen berkaitan dengan fizikal dan sumber sekolah(pelajar, guru-guru
dan ibu-bapa). Satu ruangan khas bagi PIBG telah dimasukkan dalam website
SAKTI sebagai ruangan untuk AJK PIBG berkongsi idea dan maklumat.
1.2.3.9 Maklumkan ada Anugerah Bintang PIBG
gemilang yang diwujudkan bermula pada hujung tahun 2011.
|
1.3 Laporan Kewangan PIBG,
En.Ahmad Fauzan Bin Mohamed Nor
1.3.1 AJK PIBG telah meluluskan Perbelanjaan
bagi program-program berikut:
i) Program Kecemerlangan PMR dan SPM
sebanyak RM24,600
ii) Program Inovasi & Rekacipta sebanyak
RM8,000
iii) Program Perkongsian Pintar SAKTI dan STF
sebanyak RM4,988
iv) Program Perfect Score PMR dan SPM sebanyak
RM7,000
v) Bantuan Membeli Aksesori
Kawad Kaki Pengakap
untuk Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kota Tinggi RM2,000
1.3.2 YDP
menyatakan bahawa sebarang program sekolah terutamanya program-program yang
memang telah disenaraikan di dalam Takwim Sekolah akan diberikan keutamaan
dari segi peruntukan. Walaubagaimanapun program yang berbentuk individu akan
diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum sebarang peruntukan
diluluskan.
|
1.4 Hal-hal lain
1.4.1 Maklum balas dari YDP PIBG tentang
laporan sekolah.
1.4.1.1 Keputusan STF, TKC
dan SSP adalah di bawah GPS 0.09. Ranking SBP negeri Johor SAKTI antara yang
terbawah. Kita akan usahakan bersama-sama untuk menaikkan ranking SAKTI untuk
tahun 2012.
1.4.2 Merujuk usul ibubapa.
1.4.2.1 En. Abd.Aziz
b.Husin melaporkan koperasi telah menempah baju outing pada semua pelajar
tingkatan satu. Ada masalah sedikit jika dikuatkuasakan pada pelajar lama
kerana mereka mempunyai kemeja-T outing (warna coklat gelap). Anggaran harga
RM60-70 untuk sehelai baju outing agak sukar untuk segelintir pelajar.
1.4.3 Tn.Hj.Mohd Alim b.Konting memaklumkan
pihak sekolah telah menerima kumpulan pelajar tingkatan satu dalam kalangan
miskin tegar. Kita perlu memikirkan situasi ini bersama bagi memastikan
kumpulan pelajar berkenaan tidak ketinggalan dalam semua aspek.
1.4.4 En. Roslee b.Mohd Awang mencadangkan agar
jangkaan anggaran kutipan sumbangan PIBG hingga hujung tahun 2012.
1.4.5 En. Zulhasny b. Zulkifli mencadangkan
surat mohon sumbangan PIBG diletak tarikh sehingga bulan Mei 2012.
1.4.6 En. Roslee b.Mohd Awang mencadangkan
supaya memberi masa atau tempoh yang bersesuaian pada semua ibubapa untuk
membayar sumbangan PIBG.
1.4.7 Tn.Hj.Othman b.Karsan respon surat dalam
siaran telah ditulis bayaran boleh dibuat secara ansuran sehingga 31 Mei
2012.
1.4.8 En.Zulhasny b. Zulkifli mohon pelajar
sakit yang tidak dapat hadir ke kelas dibantu dari segi nota P&P oleh
ketua kelas atau rakan pelajar yang lain.
1.4.9 Pn.Hjh. Jamilah bt.Zamah Shari
menegaskan selalunya pelajar sememangnya mendapatkan bantuan nota dari rakan
pelajar yang lain,
1.4.10 Perkhidmatan dobi di asrama sangat tidak
memuaskan. En. Zulhasny b.Zulkifli mencadangkan dobi dimansuhkan dan pihak
sekolah menambah mesin basuh (biasa) bagi memudahkan pelajar.
1.4.11 En. Ahmad Fauzan meberi respon bahawa
bayaran perkhidmatan dobi antara sumber kewangan PIBG. Tn.Hj.Mohd Alim b.
Konting akan memaklumkan pekerja dobi untuk ambil tindakan sewajarnya. Jika
perkhidmatan dobi dimansuhkan mungkin ada masalah lain yang timbul.
En.Abd.Aziz b.Husin memjelaskan setiap aras ada mesin basuh layan diri.
Pelajar mempunyai alternative lain selain perkhidmatan dobi. En.Ahmad Fauzan
pula memaklumkan buat masa ini mesin dobi ada 7 buah sahaja (4 buah di asrama
lelaki dan 3 buah di asrama perempuan).
1.4.12 Pn.Sharina bt.Mohd Yusoff mencadangkan 16
orang pelajar tingkatan satu yang miskin tegar diwujudkan satu program anak
angkat bagi ahli PIBG yang berpendapatan tinggi.
1.4.13 Tn.Hj.Mohd Alim b.Konting bersetuju dengan
cadangan tersebut kerana diperingkat SBP memang telah disarankan
memprogramkan anak angkat.
1.4.14 Tn.Hj.Othman b.Karsan juga bersetuju
dengan saranan program anak angkat ini atas prinsip kekeluargaan. Perkara ini
akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada mesyuarat akan datang.
|
1.5 Perkara Berbangkit
1.5.1 YDP mencadangkan PIBG tubuhkan jawatan
kuasa khas mencari dana-dana atau sumbangan khas dari sumber luar sama ada
syarikat atau orang-perseorangan.
1.5.2 NYDP bersetuju dengan cadangan tersebut.
Beliau menyarankan setiap AJK dapat kenal pasti ibubapa yang boleh membantu
mencari dana atau sumbangan mengikut konsep ‘personel touch’.
|
1.6 Ucapan penangguhan
1.6.1 YDP mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran dan komitmen yang diberikan oleh semua AJK ke mesyuarat PIBG pada kali ini.
1.6.2 Penetapan
cadangan tarikh-tarikh mesyuarat yang seterusnya oleh YDP sama ada Jumaat
atau Ahad (Jadual pelajar balik bermalam).
Mesyuarat
di akhiri dengan tasbih kifaran dan Surah Al-Asr.
|
No comments:
Post a Comment